Tuesday, 13 March 2012

Isu masyarakat.kisah yang menyayat hati

Seminggu dua ini, semua akhbar tempatan mengisarkan mengenai cerita mengenai Ibu yang ditinggalkan oleh anak tunggalnya di hotel bajet. Belum reda lagi kesedihan kisah yang dibaca, Kita digemparkan pula dengan kisah kehilangan adik Dirang yang akhirnya dibunuh dengan kejam selepas mayat yang dijumpai rentung disahkan adalah Adik Dirang.

Kisah kehilangan dan kematian Adik Dirang, amat menyentuh perasaanku, walaupun telah banyak kisah kehilangan kanak-kanak di Malaysia, tapi kisah Adik Dirang amat dekat dihatiku, mungkin faktor dia sebaya dengan anakku. Apabila melihat anakku Hafiy, hati aku sebak dan sedih kerana apa yang budak berusia 5 tahun ni tahu apa-apa.Yang paling aku sedih, cara kematiaannya yang amat memilukan. Sesungguhnya manusia yang melakukan ini sangat kejam , Haiwan pun tidak tergamak untuk melakukannya.

Doaku titipkan semoga Arwah Adik Dirang tenang Disana.Syurga sedang menantimu nak.

No comments:

Post a Comment