Kita perlu bangga dengan diri sendiri.Begitulah dengan aku. Liku2 perjalananku sebagai seorang pelajar bermula dengan sangat perlahan grafnya. Bersekolah di sekolah rendah di sekolah gred C tiada apa yang dapat aku tonjolkan kebolehan yang ada pada diriku. Tapi apa yang aku sedar, di bangku sekolah rendah lagi , aku sudah ade ciri-ciri kepimpinan
(perasan puji diri sendiri)
Sewaktu aku darjah 3 dan 4 aku sangat kecewa kenapa guru pengawasku tidak melantik aku menjadi seorang pengawas.Aku tanpa rasa malu telah berjumpa dengan cikgu pengawasku ketika itu (Cikgu Manaf, SK Mekasar) "cikgu kenapa saya tak boleh jadi pengawas kerana saya rasa saya lagi layak daripada kawan saya (tak nak saya sebutkan namanya,hhe).Cikguku memberi alasan bahawa pengawas hanya diambil sekiranya berada dikelas hadapan dan mendapat no 1-5.Alangkah kecewanya aku ketika itu kerana aku tidak mampu untuk berkata kerana mmg realiti nombor itu jauh lagi aku nak kecapi.
Harapan ku pendam sehingga lah aku berjaya menjadi pengawas ketika darjah 6.Gembiranya aku rasa kerana berjaya jugak aku nak merasa jadi pengawas. Jawatan itu aku pikul dengan penuh rasa tanggungjawab dan bangga.( bangga sungguh tika tu klu dapat jadi pengawas)
aku perasan sejak dari itu aku semakin berani untuk mencuba.Tak terlambat aku rasa nak ucapkan terima kasih kepada Cikgu Manaf kerana jika bukan kerana dia yang menolak permintaan aku untuk jadi pengawas, aku tidak aku berusaha bersungguh2.
Memasuki sekolah menengah jawatan pengawas tiada lagi masalah bagiku kerana seawal tingkatan 2 aku sudah memegang jawatan Ketua Pengawas Sesi Petang sehingga tingkatan 5 memegang jawatan sebagai EXCO Pengawas.
Begitu juga la aku dalam bidang akademik, bermula dengan sangat perlahan di peringkat UPSR,PMR dan akhirnya usahaku membuahkan hasil sehingga menjadi top ten SPM .
Kesimpulannya bagi diriku Gagal berkali2 tidak bermakna anda terus gagal.Sebaliknya orang yang gagal banyak kali, sekali sudah berjaya, akan dapat mempertahankan kejayaan selama-lama.( itu pendapat peribadiku la,x caya pun tak pe)