Tuesday, 31 January 2012

Idolaku

Selepas tamat latihan perguruan KPLI di Institut Perguruan Perlis,Perlis dengan opsyen Ekonomi Rumah Tangga aku di tawarkan mengajar di SMK Tiram Jaya, Tanjung Karang,Selangor.Ketika suami diposting ke SJKC Kepong 3.

Aku pada mulanya agar blur dengan lokasi kedua2 tempat ini.Tapi walaubagaimana tetap bersyukur berbanding dengan kawan2 yg lain terpaksa dihantar ke pedalaman Sarawak.

Sejak aku mula menjadi guru, aku secara tidak sengaja terjumpa  satu buku hasil tulisan seorang tokoh pendidikan yang amat aku minati iaitu Norbi Husin (walaupun aku tidak pernah melihat walaupun didalam akhbar) tetapi hasil tulisannya didalam  Buku "Gurukah Aku atau...? menjadi aku terlalu meminati dan mengaguminya.Bagi aku beliau seorang pengetua yang sangat hebat.

Setiap kali aku merasa stress dengan kerja2 sekolah sama ade mengajar atau hal-hal berkaitan sekolah, aku akan membaca buku tulisan dia, dengan harapan sebagai motivasi kepada aku untuk terus menjadi guru yang baik.

Antara petikan tulisan beliau yang amat berkesan dihati saya ialah Sepatutnya kita harus dan seronok menjalankan tugas sama seperti kita seronok apabila mendapatkan gaji dan ganjaran bulanan
 -Norbi Husin

Salam Perkenalan buat semua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan Kurnianya dapat saya menyediakan laman (tq Yasmin) untuk berkongsi serba sedikit pengalaman saya,kisah dan ilmu untuk anda semua.

Sekiranya anda input serta maklumat yang ingin di kongsikan, saya alu-alukan.Sesunguhnya ilmu itu untuk dikongsikan.

Sekian,

wassalam