Tuesday, 13 March 2012
Isu masyarakat.kisah yang menyayat hati
Seminggu dua ini, semua akhbar tempatan mengisarkan mengenai cerita mengenai Ibu yang ditinggalkan oleh anak tunggalnya di hotel bajet. Belum reda lagi kesedihan kisah yang dibaca, Kita digemparkan pula dengan kisah kehilangan adik Dirang yang akhirnya dibunuh dengan kejam selepas mayat yang dijumpai rentung disahkan adalah Adik Dirang.
Kisah kehilangan dan kematian Adik Dirang, amat menyentuh perasaanku, walaupun telah banyak kisah kehilangan kanak-kanak di Malaysia, tapi kisah Adik Dirang amat dekat dihatiku, mungkin faktor dia sebaya dengan anakku. Apabila melihat anakku Hafiy, hati aku sebak dan sedih kerana apa yang budak berusia 5 tahun ni tahu apa-apa.Yang paling aku sedih, cara kematiaannya yang amat memilukan. Sesungguhnya manusia yang melakukan ini sangat kejam , Haiwan pun tidak tergamak untuk melakukannya.
Doaku titipkan semoga Arwah Adik Dirang tenang Disana.Syurga sedang menantimu nak.

Thursday, 2 February 2012
FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN SEJARAH SPM 2013
FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN SEJARAH SPM 2013
Hanya untuk calon-calon yang akan menduduki peperiksaan
(SPM) 2013.
| BIL | PERKARA | KERTAS 1 (1249/1) | KERTAS 2 (1249/2) | KERTAS 3 (1249/3 |
| 1 | Jenis Instrumen | Objektif | Subjektif | Tugasan |
| 2 | Jenis Item | Aneka Pilihan | Struktur dan Esei | Tugasan |
| 3 | Bilangan Soalan | 40 Soalan | Bahagian A (Struktur) 4 soalan wajib (40 markah) Setiap soalan 10 M. Bahagian B ( Esei) 7 Soalan pilihan Pelajar jawab 3 soalan sahaja 20 markah bagi setiap soalan | Satu Tugasan Nota : Tema / tajuk umum dimaklumkan kepada calon sebulan sebelum tarikh peperiksaan kertas 3. Tajuk tugasan serta panduan menjawab diberi pada hari peperiksaan. |
| 4 | Pemberatan | 30% | 50% | 20% |
| 5 | Jumlah markah | 40 | 100 | 100 |
| 6 | Tempoh Ujian | 1 jam | 2 jam 30 minit | 3 jam |
| 7 | Konstruk | >Mengingati >Memahami >Menganalisis | >Mengingati >Memahami >Mengaplikasi >Menganalisis >Menilai >Menjana idea | - Memahami - Mengaplikasi - Menilai - Menjana idea - Nilai |
| 8 | Cakupan konteks | Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 & 5 | Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 & 5 | Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 & 5 |
| 9 | | Sesuai dengan tahap pembelajaran Sejarah murid di hujung Tingkatan 5 | ||
Maklumat terkini berkenaan kertas 3 akan dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
Wednesday, 1 February 2012
Bukan Pelajar Cemerlang
Kita perlu bangga dengan diri sendiri.Begitulah dengan aku. Liku2 perjalananku sebagai seorang pelajar bermula dengan sangat perlahan grafnya. Bersekolah di sekolah rendah di sekolah gred C tiada apa yang dapat aku tonjolkan kebolehan yang ada pada diriku. Tapi apa yang aku sedar, di bangku sekolah rendah lagi , aku sudah ade ciri-ciri kepimpinan (perasan puji diri sendiri)
Sewaktu aku darjah 3 dan 4 aku sangat kecewa kenapa guru pengawasku tidak melantik aku menjadi seorang pengawas.Aku tanpa rasa malu telah berjumpa dengan cikgu pengawasku ketika itu (Cikgu Manaf, SK Mekasar) "cikgu kenapa saya tak boleh jadi pengawas kerana saya rasa saya lagi layak daripada kawan saya (tak nak saya sebutkan namanya,hhe).Cikguku memberi alasan bahawa pengawas hanya diambil sekiranya berada dikelas hadapan dan mendapat no 1-5.Alangkah kecewanya aku ketika itu kerana aku tidak mampu untuk berkata kerana mmg realiti nombor itu jauh lagi aku nak kecapi.
Harapan ku pendam sehingga lah aku berjaya menjadi pengawas ketika darjah 6.Gembiranya aku rasa kerana berjaya jugak aku nak merasa jadi pengawas. Jawatan itu aku pikul dengan penuh rasa tanggungjawab dan bangga.( bangga sungguh tika tu klu dapat jadi pengawas)
aku perasan sejak dari itu aku semakin berani untuk mencuba.Tak terlambat aku rasa nak ucapkan terima kasih kepada Cikgu Manaf kerana jika bukan kerana dia yang menolak permintaan aku untuk jadi pengawas, aku tidak aku berusaha bersungguh2.
Memasuki sekolah menengah jawatan pengawas tiada lagi masalah bagiku kerana seawal tingkatan 2 aku sudah memegang jawatan Ketua Pengawas Sesi Petang sehingga tingkatan 5 memegang jawatan sebagai EXCO Pengawas.
Begitu juga la aku dalam bidang akademik, bermula dengan sangat perlahan di peringkat UPSR,PMR dan akhirnya usahaku membuahkan hasil sehingga menjadi top ten SPM .
Kesimpulannya bagi diriku Gagal berkali2 tidak bermakna anda terus gagal.Sebaliknya orang yang gagal banyak kali, sekali sudah berjaya, akan dapat mempertahankan kejayaan selama-lama.( itu pendapat peribadiku la,x caya pun tak pe)
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
KRS dan aku mmg dah sebati.aku menceburi diri dengan KRS sewaktu aku berusia 14 tahun pada tahun 1995. Aku ketika itu diberitahu oleh guru penasihat KRS sekolah ku, Cikgu Rosli Ariffin (SMK Sultan Ibrahim 2,Pasir Mas) bahawa ini kami adalah perintis kepada KRS.jadi nama lagi mula2 tubuh,masih mencari2 identiti sendiri.sekejap cikgu ajar kawad belah kanan,sekejap belah kiri.uniform jgn ckp la pinjam dengan wataniah ketika itu masa nak masuk pertandingan kawad.
Tapi kini 2012, masih bersama KRS.Tapi jawatan yg berbeza.kini aku jadi Jurulatih KRS.Alhamdullah kejayaan demi kejayaan aku tempa bersama team KRSku.semoga KRSku akan terus cemerlang.
KRS, ILMU,IMAN DAN AMAL
Tuesday, 31 January 2012
Idolaku
Selepas tamat latihan perguruan KPLI di Institut Perguruan Perlis,Perlis dengan opsyen Ekonomi Rumah Tangga aku di tawarkan mengajar di SMK Tiram Jaya, Tanjung Karang,Selangor.Ketika suami diposting ke SJKC Kepong 3.
Aku pada mulanya agar blur dengan lokasi kedua2 tempat ini.Tapi walaubagaimana tetap bersyukur berbanding dengan kawan2 yg lain terpaksa dihantar ke pedalaman Sarawak.
Sejak aku mula menjadi guru, aku secara tidak sengaja terjumpa satu buku hasil tulisan seorang tokoh pendidikan yang amat aku minati iaitu Norbi Husin (walaupun aku tidak pernah melihat walaupun didalam akhbar) tetapi hasil tulisannya didalam Buku "Gurukah Aku atau...? menjadi aku terlalu meminati dan mengaguminya.Bagi aku beliau seorang pengetua yang sangat hebat.
Setiap kali aku merasa stress dengan kerja2 sekolah sama ade mengajar atau hal-hal berkaitan sekolah, aku akan membaca buku tulisan dia, dengan harapan sebagai motivasi kepada aku untuk terus menjadi guru yang baik.
Antara petikan tulisan beliau yang amat berkesan dihati saya ialah Sepatutnya kita harus dan seronok menjalankan tugas sama seperti kita seronok apabila mendapatkan gaji dan ganjaran bulanan
-Norbi Husin

Salam Perkenalan buat semua
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan Kurnianya dapat saya menyediakan laman (tq Yasmin) untuk berkongsi serba sedikit pengalaman saya,kisah dan ilmu untuk anda semua.
Sekiranya anda input serta maklumat yang ingin di kongsikan, saya alu-alukan.Sesunguhnya ilmu itu untuk dikongsikan.
Sekian,
wassalam
Sekiranya anda input serta maklumat yang ingin di kongsikan, saya alu-alukan.Sesunguhnya ilmu itu untuk dikongsikan.
Sekian,
wassalam
Subscribe to:
Comments (Atom)