Thursday, 2 February 2012

FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN SEJARAH SPM 2013


FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN SEJARAH SPM 2013

Hanya untuk calon-calon yang akan menduduki peperiksaan
(SPM) 2013.

BIL
PERKARA
KERTAS 1
(1249/1)
KERTAS 2
 (1249/2)
KERTAS 3
(1249/3
1
Jenis Instrumen
Objektif
Subjektif

Tugasan
2
Jenis Item
Aneka Pilihan
Struktur dan Esei
Tugasan
3
Bilangan Soalan
40 Soalan
Bahagian A (Struktur)

4 soalan wajib
(40 markah)
Setiap soalan 10 M.

Bahagian B ( Esei)
7 Soalan pilihan
Pelajar jawab 3 soalan sahaja
20 markah bagi setiap soalan


Satu Tugasan

Nota : Tema / tajuk umum dimaklumkan kepada calon sebulan sebelum tarikh peperiksaan kertas 3.

Tajuk tugasan serta panduan menjawab diberi pada hari peperiksaan.
4
Pemberatan
30%
50%
20%
5
Jumlah markah
40
100
100
6
Tempoh Ujian
1 jam
2 jam 30 minit
3 jam
7
Konstruk
>Mengingati
>Memahami
>Menganalisis

>Mengingati
>Memahami
>Mengaplikasi
>Menganalisis
>Menilai
>Menjana idea
-          Memahami
-          Mengaplikasi
-          Menilai
-          Menjana idea
-          Nilai
8
Cakupan konteks
Sukatan Pelajaran
Tingkatan 4
& 5
Sukatan Pelajaran
Tingkatan 4 & 5
Sukatan Pelajaran
Tingkatan 4 & 5
9
Aras kesukaran
Sesuai dengan tahap pembelajaran Sejarah murid di hujung Tingkatan 5

Maklumat terkini berkenaan kertas 3 akan dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Wednesday, 1 February 2012

Bukan Pelajar Cemerlang

Kita perlu bangga dengan diri sendiri.Begitulah dengan aku. Liku2 perjalananku sebagai seorang pelajar bermula dengan sangat perlahan grafnya. Bersekolah di sekolah rendah di sekolah gred C tiada apa yang dapat aku tonjolkan kebolehan yang ada pada diriku.  Tapi apa yang aku sedar, di bangku sekolah rendah lagi , aku sudah ade ciri-ciri kepimpinan (perasan puji diri sendiri)

Sewaktu aku darjah 3 dan 4 aku sangat kecewa kenapa guru pengawasku tidak melantik aku menjadi seorang pengawas.Aku tanpa rasa malu telah berjumpa dengan cikgu pengawasku ketika itu (Cikgu Manaf, SK Mekasar) "cikgu kenapa saya tak boleh jadi pengawas kerana saya rasa saya lagi layak daripada kawan saya (tak nak saya sebutkan namanya,hhe).Cikguku memberi alasan bahawa pengawas hanya diambil sekiranya berada dikelas hadapan dan mendapat no 1-5.Alangkah kecewanya aku ketika itu kerana aku tidak mampu untuk berkata kerana mmg realiti nombor itu jauh lagi aku nak kecapi.

Harapan ku pendam sehingga lah aku berjaya menjadi pengawas ketika darjah 6.Gembiranya aku rasa kerana berjaya jugak aku nak merasa jadi pengawas. Jawatan itu aku pikul dengan penuh rasa tanggungjawab dan bangga.( bangga sungguh tika tu klu dapat jadi pengawas)

aku perasan sejak dari itu aku semakin berani untuk mencuba.Tak terlambat aku rasa nak ucapkan terima kasih kepada Cikgu Manaf kerana jika bukan kerana dia yang  menolak permintaan aku untuk jadi pengawas, aku tidak aku berusaha bersungguh2.

Memasuki sekolah menengah jawatan pengawas tiada lagi masalah bagiku kerana seawal tingkatan 2 aku sudah memegang jawatan Ketua Pengawas Sesi Petang sehingga tingkatan 5 memegang jawatan sebagai EXCO Pengawas.

Begitu juga la aku dalam bidang akademik, bermula dengan sangat perlahan di peringkat UPSR,PMR dan akhirnya usahaku membuahkan hasil sehingga menjadi top ten SPM .

Kesimpulannya bagi diriku Gagal berkali2 tidak bermakna anda terus gagal.Sebaliknya orang yang gagal banyak kali,  sekali sudah berjaya, akan dapat mempertahankan kejayaan selama-lama.( itu pendapat peribadiku la,x caya pun tak pe)


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)



KRS dan aku mmg dah sebati.aku menceburi diri dengan KRS sewaktu aku berusia 14 tahun pada tahun 1995. Aku ketika itu diberitahu oleh guru penasihat KRS sekolah ku, Cikgu Rosli Ariffin (SMK Sultan Ibrahim 2,Pasir Mas)  bahawa ini kami adalah perintis kepada KRS.jadi nama lagi mula2 tubuh,masih mencari2 identiti sendiri.sekejap cikgu ajar kawad belah kanan,sekejap belah kiri.uniform jgn ckp la pinjam dengan wataniah ketika itu masa nak masuk pertandingan kawad.


Tapi kini 2012, masih bersama KRS.Tapi jawatan yg berbeza.kini aku jadi Jurulatih KRS.Alhamdullah kejayaan demi kejayaan aku tempa bersama team KRSku.semoga KRSku akan terus cemerlang.


                                                                        KRS, ILMU,IMAN DAN AMAL